Followers

Klik Salah Satu Jew..

Friday, May 18, 2012

Kehebatan Jumaat



Assalamualaikum kepada pembaca semua.. Salam Jumaat hari yang mulia.. Hari ni penulis blog ini mahu berkongsi atau bercerita tentang kehebatan Jumaat.. Seperti sedia maklum semua lah yang kehebatan Jumaat ini diakui seluruh makhluk :- Manusia tak seharusnya biar hari mulia berlalu sia-sia tanpa amalan....

Jumaat adalah hari yang unik dan istimewa di kalangan umat Islam. Kemunculan sinar mentari penghulu segala hari itu sewajarnya dimanfaatkan sepenuhnya dalam usaha meraih keberkatan. Antara kelebihan Jumaat kepada seluruh umat Islam apabila semua makhluk Allah merayu belas kasihan kepada-Nya. Abi Lubabah al-Munzir memberitahu, Rasulullah bersabda yang bermaksud : "...Tidak ada satu malaikat sekalipun yang hampir dengan Allah, langit dan bumi, angin, gunung-ganang dan lautan, melainkan semuanya memohon belas kasihan kepada Allah (pada hari itu)." (Hadis riwayat Ibnu Abi Syuhaibah).


   
Kenyataan Baginda itu memberikan gambaran bahawa Jumaat adalah hari yang diakui kehebatannya seluruh makhluk Allah. Justeru, mengapakah kita sebagai manusia membiarkan hari mulia itu sia-sia tanpa amalan ??

Kedua, Rasulullah berkata Jumaat adalah hari yang penuh dengan peristiwa. Kata Baginda, "Sebaik-baik hari yang terbit padanya matahari adalah Jumaat. Pada hari itu, diciptakan Adam pada hari Jumaat, dimasukkan ke syurga pada hari Jumaat, dikeluarkan daripada syurga juga pada hari Jumaat dan tidak berlaku Kiamat melainkan pada hari Jumaat." (Hadis riwayat Muslim).

Malah hari berkenaan turut tersingkap pelbagai peristiwa dan amat wajarlah sebagai umat akhir zaman memperbanyakkan amal ibadah serta amalan kebajikan.
Ketiga, Rasulullah berpesan supaya menggunakan hari itu untuk berdoa kerana terdapat satu tempoh yang sangat diberkati dan mustajab di sisi Allah. Doa yang dipohon hamba-Nya diperkenankan Allah. Rasulullah bersabda yang bermaksud : "Pada hari Jumaat ada satu saat yang mana sekiranya berkebetulan dalam solat seseorang hamba lalu dia bermohon sesuatu kepada Allah, pasti diberikan apa-apa yang dimintanya sambil Baginda mengiisyaratkan dengan tangan Baginda bagi menggambarkan betapa singkatnya saat itu." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).

   Allah suka kepada hamba-Nya yang gigih dalam berdoa. Justeru, kita perlu menjadikan Jumaat sebagai hari memperbanyakkan amalan dan berdoa. Jangan anggap keistimewaan hari Jumaat itu hanyalah kepada aspek Khutbah dan solat Jumaat semata-mata. Ada beranggapan mudah apabila sudah selesai menunaikan solat Jumaat secara berjemaah di masjid, maka tamatlah keistimewaan..


Hal itu sebenarnya dikhabarkan sendiri Rasulullah sebagaimana sabda Baginda yang bermaksud : "Akan dilipat ganda pahala yang dilakukan pada hari Jumaat." (Hadis riwayat at-Tabrani).
Baginda bersabda yang bermaksud : "Sesungguhnya pada hari Jumaat, seluruh makhluk termasuklah jin dan manusia akan gementar, dan pada hari itu juga dilipat gandakan kebajikan dan kejahatan, dan hari yang mana berlakunya Kiamat." (Hadis riwayat Ibnu Abi Syuhaibah).
   Satu lagi amalan yang tidak seharusnya ditinggalkan adalah selawat ke atas nabi. Jumaat adalah hari paling afdal kepada kita untuk mengamalkanya. Pesan Rasulullah, "Hendaklah kamu membanyakkan berselawat atasku pada setiap Jumaat. Maka sesiapa yang paling banyak berselawat atasku, dia paling hampir kedudukannya denganku." (Hadis riwayat Bukhari)


Tuesday, April 17, 2012

12 & 17

Assalamualaikum semua... harap2 sihat semua laa ye.. Haaa..!! ape kaitan title yg bernombor kat tuu ek ?? Nak tahu ke ?? Meh2... Jom bace ape yang aku taip nih.. Huhuhu.. Macam nih citer nye.. 12 tuu adalah 12/4/1960 that's my father birthday.. 17 tuu adalah 17/4/1973 that's my mom birthday.. So, disini kawe nok rhoyak siket.. kawe ade nok wat surprise untuk mak & abah aku.. So, kesempatan dalam kesempitan itu aku ada buat something untuk dieorang.. special jugak laa bagi aku.. sebab sebelum nih aku tidak pernah lagi bagi hadiah yang sangat berharga kepada dieorang.. Aku ade buat lukisan Potret dieorg sempena hadiah hari lahir untuk mak & abah aku.. Abah aku mahu sambut pada hari 17/4 sambut sekali dgn birthday mak aku.. sambut dua2 sekaligus.. Hehehe.. Jimat sikit.. Hahahahaha.. Oke!! then citer nye lagi.. aku start buat potret abah aku tuu mase 8/4/2012 siap sempurna dalam pukul 6.45pm.. Aku mula start lukis dlm kul 3.30pm cam tuu laa lebih kurang.. Huhuhu.. Then, yang potret mak aku lak, aku start buat pada 10/4/2012 & siap sempurna dalam pukul 2.30 am . Yang mak aku tuu aku start buat dlm pukul 12 tgh mlm . Huhuu... Then bila dah siap, bila siang hari dah menjelma, dalam pukul 11pg tuu aku terus p bandar untuk di framekan potret nih.. Aku pegi pun dekat kedai yang biasa ayah aku berurusan.. Aku pun kenal jugak kedai tu dengan tokey die sekali.. Maklum laa ayah aku pernah berurusan dengannya dalam urusan sekolah.. Order barang cermin & bingkai kat kedai tuhh.. Oleh kerana, tokey cina tuu kenal aku, ape lagi terus dapat harga murah sikit... dengan kayu frame yang agak cantik laa die bagi. Huhu.. Then die bagi harga RM 20 setiap satu.. Maknanya total RM40 laa.. huhuu.. Die suh aku datang amek benda tuuh hari khamis 12/4.. Ok..!! Then citer lak time sambut nih.. kalo nak ikotkan panjang lagi citer nih.. Hahahahah.. Hari ni 17/4 tibalah masanya nak sambut birthday dieorang.. So, abah cakap nak makan dekat kfc.. So, lepas abah balik dr kerja kul 4.30ptg, siap2 pergi ke bandar lak.. p makan dekat kfc.. HAhahahaha.. Nyummm2..!! Oke jom tgok gmbar kat bawah nih.. (:

Mak & Abah..

Wanie..
Adik aku.. bila dapat air
bukan nak hiraukan org sebelah..
hahahahaha..

Sya & Mak
Senyummm...

Ini nasi aku punye.. 
hahahaha.. aku sorang je yang makan nasi..
bukan ape.. lapor sangat2.. Huhuu

Ni makanan mak punye..
ape punye nama makanan ni pun aku x tahu..
aku tahu makan je..
mak tahu laa ape nama makanan ni..
hahahahaha


Dah..... cukup laa story dekat kfc nih.. Kan nanti korang lak meleleh tengok makanan nih..!! hahahaha.. Then citer yang dekat umah lak.. Pada malam nih pulak kebetulan ade perlawanan bola sepak dalam tv. Mak duk khusyuk je tengok dengan abah.. kiteorang dengan adik-beradik nih terpinga2 bila laa mau bagi present kat dorang nih.. Habes je separuh masa yang pertama kebetulan iklan dekat tv. Aku pun ape lagi.. aku bersuara dengan kuatnya "Eiihh..!! Mak dengan Aboh (abah) tak mboh (x nak) adioh ke....."  Mak pun terpinga2.. "Haaaaa....???"  (terkejut laa dengar kiteorang ade hadiah utk dieorang)... Kiteorang pun ape lagii... amek laa adiah p bg kat dieorang... Hadiah aku paling besar sekali.. Hahahahaha... Jom tengok kat bawah.. 

Ini laah potret Abah yang dah siap Frame..

Ni pulak potret Mak yang dah siap frame..

gambar ni laa menjadi rujukan aku untuk lukis...
hehehehe..

ZAR : Zainab bt. A. Rani
CAAI : Che Abdul Aziz b. Ismail

Okayyy..!! sekian sudaa cerita aku.. penat dah nak taip panjang2...
hahahahaha... selamat membaca..!! :)




Tuesday, April 10, 2012

Kad Jemputan Ahmad Jafri..


Assalamualaikum.. Sudah lame tak bertemu sama ini blog aku.... Huhuhu.. Maklum laaa xde masa nak mengadap blog nih.. Teramat busy.... HAhahahahaha.. Ni pun sekarang dah cuti Sem 4.. huhuhu.. Agak lame jugak laa cuti nih dalam 2 bulan.. HAhahaha.. Memang TeRrrrrBAeekk kann..?? Huhuhu.. Ehh2?? lupe pada title kat atas tuh.. Begini ceritanye.. Ak balik cuti nih, sepupu sebelah ayah aku anak die nak kahwin, kiranya "dua pupu" aku laa.. Die suh ak buat Kad Jemputan die.. Yang Majlis Menyambut Menantu... So, ape lagi... explore laa aku.. Menjelajah laa dunia teknologi dengan Jentera Adobe Photoshop CS5 & Adobe Illustrator CS5... Huhuhuu... Aku ni bukannye Graphic Designer, tapi aku tahu laa jugak tentang buat benda alah nih... Termasuk yang nih baru 3kali dah aku bergiat dalam mereka bentuk kad jemputan nih... Alhamdulillah.. bolehh laa jadi laa jugok sebijik..!! hehehe.. Meh tengok kat bawah nih proses2... hehehe.. tp x sempat nak merakam pun cara2... hehehe..
ini create dalam Ai
Pelan Lokasi Rumah
Pengantin Lelaki

Sebelum siap sepenuhnye
lepas nih transfer pada Adobe Photoshop plak...


Dah masuk dlm Ps dah...
drpd Ai..
Adjust Hue n Flow


Ni pulak muka depan kad jemputan..
Doodle Kartun dua sejoli nih
aku buat dalam Ai dahulu..
then transfer ke Ps lak..

Dah masukkan font serba sedikit...

Okayy..!! dah siap muka depan kad jemputan..
heee~ camana?? oke takk??
simple2 je kot...
masukkan motif kerawang serba sedikit..
tepak sirih (adjust kurangkan opacity)
kasi nampak benda tu sebagai middle-ground  
#aku x pandai sangat pun.....



ini isi kandungan dalam kad jemputan..
ni pun create dalam Ps CS5


ni pun sama jugak..
isi sebelah dalam kad jemputan..
ini pun dalam Ps CS5 jugak..






Sunday, February 19, 2012

Studio Monkey

Assalamualaikum guys..!! malam ni terasa nak blogging jap.. hehehe.. Saje nk post title baru.. Hahahaha... JOm..!! nak share tentang studio kteorang.. Hahaha.. Studio Fine Art.. From Sem 2-4(now)... Ade air-cond.. Cehhh..!! poyo.. Huhuhu.. bia laa.. dan juga dikenali sebagai Studio Monkey aka Askar Bukit (monyet2 kat bukit belakang studio)... Di sini laa penat lelah kami, keriangan kami, kemurungan kami, kerjaan kami, lepak kami... Semua di sini... Hehehehe... Malam ni pun x mau cerita banyak sangat sebab badan dah penat.. HEhehehe... Maaf ye semua... :) Jom tengok pic bawah ni... 


Dayat : Keriangan terjelas di situ sedang
membuat proses kerja Silk-screen
(walaupun dalam hati penat terasa)


Hadif , Mirol keriangan dikongsi bersama-sama...
Walaupun tension dengan kerja, kami lupekan tension itu 
dengan hanya lepak2, memekak, merayau2...
hahahahahaha


Haaa...!! ni tempat kami bikin itu air minuman...
Uuurmmm... best2... jimat duit..
x payah naik ke Cafe tuk beli air...
Hahahahahaa....


Buat kerja sambil menikmati santapan yang ada...
Che B sempat lagi tolong si Wan


Ambooiiii Cik B.... sedaaaapp noohh hang makan...
Nyummmmm.... Nyummm..!!


Inilah port aku dan cik b berkarya..


Port Izzi berkarya...


Port Wan Fendy berkarya...


Tempat Dayat berkarya..


Tempat Mirul berkarya...
Huhuhu...


Tempat Hadif berkarya...
berkurung nampakkk.....!!
Hahahahaaha...


Suasana dalam Studio Fine Art kiteorang...
Hehehehe....





Saturday, January 28, 2012

Solat TAHAJUD


Assalamualaikum pembaca semua.. harap2 sihat alhamdulillah laa semua ye.. Hari ni nak kongsi serba sedikit dengan korang semua tentang Solat TAHAJUD.. Hehehehe.. Tiba2 tergerak hati nak post entri yang berbunyi macam ni... Hehehe.. Tak salah kan kalau nak berkongsi atau memberi ilmu serba sedikit dengan korang semua.. Oke jom terjah bawah ni keyh.. 

TAHAJUD (SOLAT MALAM)- DARI PERPEKSTIF PERUBATAN

Solat tahajud ialah ibadah yang kita lakukan pada malam hari, biasanya tengah malam atau lewat tengah malam. Solat tahajud juga dikenali juga sabagai shalatulail. Solat ini sangat baik dilakukan terutama kepada para pemimpin Islam kerana Rasulullah S.A.W dan para sahabat r.a tidak meninggalkan solat ini sepanjang hayat mereka, sebagai ibadah tambahan. Dalam Al-Quran terdapat banyak ayat-ayat yang menggalakkan umat Islam  
mengerjakan solat tahajud sebagai ibadah tambahan pada waktu malam begitu juga terdapat beberapa hadis Nabi S.A.W. mengenai perkara ini. 

TIDUR DAN SOLAT TAHAJUD

Umumnya manusia mengatakan tidur malam perlu antara enam hingga lapan jam sehari. Tetapi pendapat ini ditolak oleh para saintis Barat seperti Dr Ray Meddis,seorang profesor di Department of Human Sciences, England University of Technology yang mengatakan bahawa manusia sebenarnya perlu tidur malam selama tiga jam sahaja. Waktu tidur boleh dibahagi kepada dua bahagian - tidur ayam dan tidur lelap. Mimpi biasanya berlaku dalam tidur lelap (deep sleep). Manusia perlu berlatih untuk dapat tidur lelap kerana tidur ayam adalah masa berangan-angan yang membuang waktu sahaja. Tidur yang sebenarnya ialah ketika tidur lelap yang mengikut kajian saintis Barat ialah selam tiga jam. Kita merasakan bahawa tidur malam kita selalu tidak cukup. Ini kerana kita tidak terlatih atau mengikut peraturan yang perlu diikuti ketika tidur. Apabila seseorang athlit hendak memasuki suatu pertandingan lumba lari dia akan berlatih hampir setahun sebelum perlumbaan itu bermula. Dengan demikian dia ada harapan untuk memungut pingat emas. Demikian jugalah kita mesti melatih diri kita tidur mengikut peraturan. Mengikut kajian ahli perubatan Barat, Sebelum kita merasa hendak tidur, mula-mula sekali kita akan merasa mengantuk ( drowsiness ) di mana suhu badan kita akan menurun. Dengan mengatur waktu tidur dan menggunakan jangkasuhu kita boleh latihkan diri kita untuk tidur bila perlu. Tidur Tao, Confucious dan Sikh. Dalam perhatian penulis, mereka juga mengadakan amalan  
pada tengah malam seperti 'berzikir' dan membaca kitab suci agama mereka. Untuk mengelak dari rasa mengantuk, mereka berlatih tidur hanya lebih kurang tiga jam atau empat jam sehari malah ada yang kurang dari itu. Antanra agama yang dimaksudkan itu ialah agama Buddha, Kristian,Tao, Confusies dan Sikh. 

RAHSIA PERGERAKAN OTOT DALAM SOLAT

Cuba kita kaji pergerakan otot-otot kita ketika solat.Secara kasar, pada mula kita berdiri tegak ( qiyam ) kemudian angkat kedua tangan bertakbir dan letakkan tangan di atas pusat - kita telah membesarkan rongga dada kita manakala paru-paru akan terasa luas serta menggerakkan otot di kedua belah tangan. Ketika ruku' dengan badan membongkok ke depan dan kedua tangan di atas kepala lutut dan punggung   mendatar 
( parallel to the ground ) sekaligus ianya menggerakkan ruas-ruas tulang punggung, tulang leher, tulang pinggang dan tulang tungkin. Waktu sujud pula, seluruh berat badan terpikul sepenuhnya di atas otot-otot  
kedua-dua tangan, kaki. dada, perut, punggung, leher dan otot-otot kaki.  Lihat sahaja pada waktu sujud ini berapa banyak otot dan persendian yang  kita gerakkan.  Setelah itu kita bangkit dari sujud. Kita duduk, kemudian kita sujud lagi  dan selepas itu kita berdiri kembali. Dalam gerak badan kali ini kita telah  
secara automatik menggerakkan sejumlah besar otot-otot di dada , bahu,  lengan, perut, punggung, peha, kaki bahagian bawah an lain-lain otot lagi.  Selain dari itu kita juga melakukan dua macam duduk - pertama duduk antara  dua sujud dan kedua duduk tahiyat. Kedua-dua jenis duduk ini menggerakkan  tumit , pangkal peha, kelengkang, jari-jari kaki dan lain-lain. Dalam kita  memberi salam juga kita gerakkan otot-otot leher tengkuk dan lain-lain.  Kalau kita lihat dari dua perkara tersebut di atas iaitu mendapatkan oksigen  
yang istimewa dan gerak otot-otot yang semuanya ini sudah tentu akan  memastikan kesihatan tubuh badan kita.  Solat tahajud juga boleh menjauhkan penyakit buah pinggang yang selalu  menyerang orang yang banyak tidur dan bangun lewat dari tidur malam. 

Friday, January 20, 2012

Puas hati den..!! Hehehe

Assalamualaikum semua... Lame betul owner blog nih x bersua kan ??? Hehehehe.. Al maklum laa sibuk sikit dengan assignment yang banyak, artwork2 lagi.. Okey..!! sekarang nih aku mau share dengan korang sedikit tentang hari ini... Huhuhu.. Nak tahu ape kaitan title kat atas tu..?? Haaa!! meh sini.. PAgi td pergi kolej then hari last nih kelas dah banyak yang CANCEL.. HAhahaha.. tapi bukan itu yang aku mau cakapkan, tapi aku mau bagitau yang pagi tadi ada pemberian Voucher 1MALAYSIA RM 200 untuk pelajar IPTS/IPTA. So, dapatlah RM 50 (4 Keping). Dalam hati ni gembira tak terkata laa... Bukan ape aku memang memerlukan sangat2 peluang yang ada nih.. SYUKUR.. Tujuan UTAMA adalah aku mau beli barang2 ART aku laa... Time ni laa nak borong banyak pun untuk buat simpanan stok.. Hehehehe... Jom terjah kat bawah ni... !! 

Tepat pukul 6 ptg td aku dgn member2 aku p terus ke bandar untuk nak beli barang2 tuh... Huhuhuh..!! Jom tengok kat bawah ni barang2 yang aku belikan.. heheheheh... 

Haaa..tu dia Baucer yang aku dapat.. Hehehehe...

Then, Dapat je baucer tuh, petang dalam kul 6 aku terus ke bandar dengan member2 aku.. Beli barang laa.. Ape lagiii..... Huhuhuhu... Jom terjah bawah ni pulak..

Haa... nampak tuu ?? inilah barang2 Art yang aku beli semalam..

Haaa..!! agak2 korang berapa semua harganya ?? kalau korang tengok mesti terkejut dengan barang2 Art nih.. Jom tengok list aku kat bawah nih... 

- Acrylic Colour :
    1. Ultramarine    - 2 tiub ( RM 9.90 each) = RM 19.80
    2. Vermilion        - 2 tiub ( RM 9.90 each) = RM 19.80
    3. Lemon Yellow - 2 tiub ( RM 9.90 each) = RM 19.80
    4. Crimson Red   - 1 tiub                             = RM   7.20
    5. Titanium White- 1 tiub                            = RM   9.90
    6. Yellow Mid      - 1 tiub                             = RM   9.90

- Soluble Varnish                                             = RM 29.30
- Turpentine 100ml                                          = RM 10.80

- Brush :
   1. Nylon SYAMAL - 4 cm                            = RM 7.50
   2. Nylon SYAMAL - 5 cm                            = RM 9.80
   3. ArtPac Nylon FLAT - size 14                   = RM 5.95
   4. ArtPac Nylon FLAT - size 20                   = RM 10.20

- Kamus Oxford Fajar                                      = RM 14.95
- Soft Pastel ( 12 Color Stick )                         = RM 18.50
                                                           TOTAL  =RM 193.40

Sebenarnya TOTAL aku RM 174.90 je.. Yang Soft Pastel tu pakai baucer member aku.. Dia nak cukupkan RM 150 baucer dia tuh.. So, aku tambah laa barang aku jadikan sekali total dengan barang dia.. Hehehehe.. So, percaya tak harga setiap barang tuh ??? Hehehehe... Masa ni ambik peluang ni.. Bukan selalu pun belanja banyak macam nih.. Lagipun dapat Baucer kan... Kerajaan bagi.. Terima seadanya... Hehehe.. TERIMA KASIH MALAYSIA..!! 



Sunday, January 8, 2012

Jampi pejal payudara ????


KOTA BHARU: Gabungan urutan ‘overhaul’, membuang syaitan di dalam badan, mandi bunga dan minum air penawar kini menjadi pilihan wanita yang mahukan payudara pejal, punggung montok, hidung mancung serta dagu runcing.

Terbaik laa..!! Kak Mah menunjukkan cara rawatannya
untuk menjadikan wanita lebih cantik.


Tidak menghairankan apabila seorang wanita di daerah ini menjadi buruan pramugari dan golongan wanita VIP yang ghairah untuk kelihatan cantik dan memiliki bentuk badan menawan menerusi khidmat buang syaitan dan urut ‘overhaul’. 

Wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Kak Mah, 50, menyediakan beberapa pakej dengan paling mahal RM400 untuk kecantikan seluruh tubuh, termasuk membuang kolesterol dan paling murah RM50 untuk kecantikan muka. 

“Setiap manusia ada syaitan di badannya dan kerana syaitan itulah pelbagai keburukan berlaku kepadanya, seperti kelihatan tidak cantik dan berdepan pelbagai masalah. “Justeru, kaedah rawatan yang saya lakukan adalah membuang terlebih dulu syaitan di dalam badan dengan menghembuskan sebutan Allah SWT, doa dan bacaan tertentu kepada pelanggan.  

#Ingin tahu berita selanjutnya ?? Dapatkan akhbar Harian Metro sekarang !!
       
        p/s: sudah baca entri saya ni ?? Sila pergi ke SINI jap... Then ikut jejak ke SINI pulak.. TQ .


Saturday, January 7, 2012

History of the Gramophone


Emile Berliner (1851-1929 ) patented the gramophone. 

Early attempts to design a consumer sound or music playing gadget began in 1877 when Thomas Edison invented his tin-foil phonograph. The word "phonograph" was Edison's trade name for his device, which played recorded sounds from round cylinders. The sound quality on the phonograph was bad and each recording lasted for one only play. Edison's phonograph was followed by Alexander Graham Bell's graphophone. The graphophone used wax cylinders which could be played many times, however, each cylinder had to be recorded separately making the mass reproduction of the same music or sounds impossible with the graphophone.

1887 - Emile Berliner Invents The Gramophone And Records.
  --> On November 8 1887, Emile Berliner, a German immigrant working in Washington D.C., patented a successful system of sound recording. Berliner was the first inventor to stop recording on cylinders and start recording on flat disks or records. The first records were made of glass, later zinc, and eventually plastic. A spiral groove with sound information was etched into the flat record. The record was rotated on the gramophone. The "arm" of the gramophone held a needle that read the grooves in the record by vibration and transmitting the information to the gramophone speaker.

Berliner's disks (records) were the first sound recordings that could be mass-produced by creating master recordings from which molds were made. From each mold, hundreds of disks were pressed.

The Gramophone Company

Emile Berliner founded "The Gramophone Company" to mass manufacture his sound disks (records) and the gramophone that played them. To help promote his gramophone system Berliner did two things, he persuaded popular artists to record their music using his system. Two famous artists who signed early on with Berliner's company were Enrico Caruso and Dame Nellie Melba. The second smart marketing move Berliner made came in 1908, when he used Francis Barraud's painting of 'His Master's Voice' as his company's official trademark.
Emile Berliner sold the licensing rights to his patent for the gramophone and method of making records to the Victor Talking Machine Company (RCA) who made the gramophone a successful product in the United States. Berliner continued doing business in other countries. He founded the Berliner Gram-o-phone Company in Montreal, Canada, the Deutsche Grammophon in Germany, and the U.K based Gramophone Co., Ltd. 

  #See more about EMI Music Company at HERE !!



Din Aziz since 2010 in blogger site . All Right Reserved by Din Aziz