Followers

Klik Salah Satu Jew..

Tuesday, April 26, 2011

Suara Bumi . .

SUARA BUMI

Tajuk : War & Peace
Saya memilih tajuk ini kerana isu peperangan pada zaman sekarang sedang berleluasa terutamanya peperangan yang berlaku di Luar Negara sana . Kadang-kadang pada setiap hari isu ini dikeluarkan dalam sidang media sama ada dalam televisyen , radio , mahupun sidang akhbar . Ramai yang mati di Gaza mahupun di Palestin disebabkan peperangan yang menggunakan ciptaan manusia sendiri sebagai contohnya senjata-senjata api iaitu pistol , bom , dan senapang sejurus dengan itu berlakunya pertumpahan darah seperti mana yang digambarkan dalam karya saya diatas dengan tajuk “ War & Peace” . Sehubungan dengan itu , dalam berlakunya peperangan ini , “tangan” yang bertemakan warna biru itu menunjukkan hendak keluar daripada tergolong dalam kelompok yang diburu oleh peperangan dan mahu mencari jalan keluar untuk mencari kedamaian dan sanak saudaranya . Saya menyuarakan isu ini kerana bukan sahaja tentang isu peperangan semata-mata , malah saya melontarkan juga tentang seorang manusia yang sedang berada dalam golongan yang bermasalah dan buntu untuk menyelesaikan sesuatu kerjanya . Mereka ini mungkin tertekan dengan sesuatu kerja yang menimpa pada dirinya dan mereka ini juga mahu melepaskan rasa tertekan dengan masalah yang bercelaru dalam kepalanya dan mahu beralih kepada kedamaian seketika . “Pistol” yang menuju atas kepala itu menunjukkan bahawa masalah yang dihadapi dan peperangan yang menimpa pada dirinya . Ibarat peluru yang meluru keluar dari pistol bertubi-tubi ke atas kepalanya dan pada masa yang sama peluru itu diibaratkan sesuatu kerja yang banyak menimbun menimpa pada dirinya dan sejurus dengan itu mereka ini mahukan mencari jalan penyelesaian daripada masalah yang dihadapinya . Dalam hal ini , mereka ini kadang-kadang mahukan ‘Rileks’ dan ‘Release tension’daripada masalah yang dihadapinya .


0 comments:

Din Aziz since 2010 in blogger site . All Right Reserved by Din Aziz