Followers

Klik Salah Satu Jew..

Monday, April 11, 2011

Proses Membuat Printmaking

Projek akhir dalam kursus FET 204 “Print Making” ialah seni cetakan lino dimana ianya adalah cetakan dalam bentuk terapan lino ke atas permukaan kertas , kain atau bahan-bahan lain . Motif utama projek akhir ini adalah untuk mempelajari proses cetakan lino ke atas kertas . Ianya dapat membentuk daya observasi dan konsep pemikiran tentang penggunaan warna asas dimana mempelajari teknik campuran warna asas untuk dapatkan warna-warna sekunder . Cat yang digunakan adalah ‘Dakwat Cetak’. Cetakan ini menggunakan span sebagai bahan untuk di cat pada atas lino . Teknik digunakan ini member kesan yang cantik pada lino tersebut seperti bintik-bintik daripada bahan span tersebut .

PROSES PRINTMAKING

Lakaran awal objek pada atas lino dibuat 
bagi persediaan rekaan cetak lino .
Proses memotong mengikut lakaran yang dilukis

Dakwat-dakwat diletakkan secara 
berasingan antara satu sama yang lain

Linseed oil dicampurkan sedikit pada dakwat cat

Dakwat cetak diletakkan atas permukaan cermin kaca
warna2 asas sahaja digunakan
kuning + biru untuk dapatkan warna hijau

Warna-warna asas dicampurkan bagi mendapatkan 
warna yang dikehendaki

Span ialah bahan yang digunakan untuk
di touch-up pada atas lino

Span yang terlekat dakwat cat 
dicacah pada atas lino

Roller digunakan untuk mengecat 
latarbelakang atas lino

Objek kepingan lino tersebut dimasukkan 
pada ruang objek masing-masing

Kemudian kertas A2 diletakkan blok lino 
pada atas mesin printmaking

Proses mencetak di atas kertas dimulakan apabila 
selesai semua proses sebelumnya . Lino sudah sedia 
untuk di cetak pada kertas dengan 
cara pemampatan atau tekanan supaya 
dakwat atas lino melekat pada kertas 
dan menimbulkan imej cetak benam


Inilah hasil yang didapati setelah selesai proses 
mencetak imej cetak lino di atas permukaan kertas . 
Hasil ini hendaklah dikeringkan terlebih dahulu 
dan cetakan lino ini menghasilkan imej reverse
dan perlulah melakukan kemasan . 
Salah satu hasil cetakan yang telah siap dibingkaikan . 
Pembingkaian adalah perlu supaya warna hasil karya
lebih kemas dan mengelakkan cetakan tersebut 
daripada terdedah kepada cahaya matahari 
dan unsur-unsur yang boleh merosakkannya .
Cetakan yang lengkap mestilah mempunyai butir-butir 
seperti nama pelukis , tajuk , dan bilangan cetakan .



0 comments:

Din Aziz since 2010 in blogger site . All Right Reserved by Din Aziz