Followers

Klik Salah Satu Jew..

Tuesday, April 26, 2011

Suara Bumi . .

SUARA BUMI

Tajuk : War & Peace
Saya memilih tajuk ini kerana isu peperangan pada zaman sekarang sedang berleluasa terutamanya peperangan yang berlaku di Luar Negara sana . Kadang-kadang pada setiap hari isu ini dikeluarkan dalam sidang media sama ada dalam televisyen , radio , mahupun sidang akhbar . Ramai yang mati di Gaza mahupun di Palestin disebabkan peperangan yang menggunakan ciptaan manusia sendiri sebagai contohnya senjata-senjata api iaitu pistol , bom , dan senapang sejurus dengan itu berlakunya pertumpahan darah seperti mana yang digambarkan dalam karya saya diatas dengan tajuk “ War & Peace” . Sehubungan dengan itu , dalam berlakunya peperangan ini , “tangan” yang bertemakan warna biru itu menunjukkan hendak keluar daripada tergolong dalam kelompok yang diburu oleh peperangan dan mahu mencari jalan keluar untuk mencari kedamaian dan sanak saudaranya . Saya menyuarakan isu ini kerana bukan sahaja tentang isu peperangan semata-mata , malah saya melontarkan juga tentang seorang manusia yang sedang berada dalam golongan yang bermasalah dan buntu untuk menyelesaikan sesuatu kerjanya . Mereka ini mungkin tertekan dengan sesuatu kerja yang menimpa pada dirinya dan mereka ini juga mahu melepaskan rasa tertekan dengan masalah yang bercelaru dalam kepalanya dan mahu beralih kepada kedamaian seketika . “Pistol” yang menuju atas kepala itu menunjukkan bahawa masalah yang dihadapi dan peperangan yang menimpa pada dirinya . Ibarat peluru yang meluru keluar dari pistol bertubi-tubi ke atas kepalanya dan pada masa yang sama peluru itu diibaratkan sesuatu kerja yang banyak menimbun menimpa pada dirinya dan sejurus dengan itu mereka ini mahukan mencari jalan penyelesaian daripada masalah yang dihadapinya . Dalam hal ini , mereka ini kadang-kadang mahukan ‘Rileks’ dan ‘Release tension’daripada masalah yang dihadapinya .


Wednesday, April 20, 2011

Rio The Movie

Assalamualaikum semua . . Huhuhuhu . .  Sudah agak lame betul aku dah x berblogging blog nie . . Maklum laa dekat2 final nie banyak nak kena siapkan artwork . Ini pun celah sikit ruang mase untuk memblogging dulu . Huhuhu . . Dah2 . . Sekarang berbalik pada title aku kat atas tu . . Hihihi . . Hari nie aku p tengok wayang laa citer Rio The Movie . Memang besssst citer nie . . . Korangg messtii tengok !! Hahahaha . .  Citer kartun laa . . Besssstt . . .  Huhuhuhuhu . .

SINOPSIS
Rio adalah cerita komedi - petualangan cinta antara dua Macaw langka . Filem Rio adalah suatu tempat antara pengeluaran menjadikan pasca - pengeluaran . Cerita ini tentang Macaw culun yang bergerak dari rumah kecil di Minnesota kompleksitas dari Rio de Janeiro . Dia mendapatkan pada petualangan seumur hidup , belajar untuk membuka diri untuk semua kehidupan yang ditawarkan disepanjang jalan .
Rio ditetapkan dikota yang indah Rio de Janeiro dan berkembang hutan hujan Brazil . Pusat - pusat animasi 3D di Blu , Macaw langka yang percaya bahawa ia adalah yang terakhir dari kaumnya , namun ia akan mendapati ada Macaw lain di luar sana , seorang gadis bernama sebagai Jewel . Kemudian untuk mengatur kehidupan dengan dengan dia , dia meniggalkan kandangnya di Minnesota bandar kecil dan kepala ke Rio de Janeiro , Blu adalah dijinakkan dan penerbangan mencabar , dan Jewel adalah perempuan sangat independen terbang tinggi . Mereka memulakan pengembaraan seumur hidup , di mana mereka mencari tahu tentang persahabatan , cinta , keberanian dan bersikap terbuka untuk banyak keajaiban hidup sebagai sebagai diprediksi saling dilemparkan . 'Rio' juga membawa sebuah kolektif haiwan watak cerah , sebuah cerita yang menghangatkan hati , latarbelakang berwarna-warni , merangsang lagu Latin & moden muzik dan keluarga-ramah & tari .








Monday, April 11, 2011

Proses Membuat Printmaking

Projek akhir dalam kursus FET 204 “Print Making” ialah seni cetakan lino dimana ianya adalah cetakan dalam bentuk terapan lino ke atas permukaan kertas , kain atau bahan-bahan lain . Motif utama projek akhir ini adalah untuk mempelajari proses cetakan lino ke atas kertas . Ianya dapat membentuk daya observasi dan konsep pemikiran tentang penggunaan warna asas dimana mempelajari teknik campuran warna asas untuk dapatkan warna-warna sekunder . Cat yang digunakan adalah ‘Dakwat Cetak’. Cetakan ini menggunakan span sebagai bahan untuk di cat pada atas lino . Teknik digunakan ini member kesan yang cantik pada lino tersebut seperti bintik-bintik daripada bahan span tersebut .

PROSES PRINTMAKING

Lakaran awal objek pada atas lino dibuat 
bagi persediaan rekaan cetak lino .
Proses memotong mengikut lakaran yang dilukis

Dakwat-dakwat diletakkan secara 
berasingan antara satu sama yang lain

Linseed oil dicampurkan sedikit pada dakwat cat

Dakwat cetak diletakkan atas permukaan cermin kaca
warna2 asas sahaja digunakan
kuning + biru untuk dapatkan warna hijau

Warna-warna asas dicampurkan bagi mendapatkan 
warna yang dikehendaki

Span ialah bahan yang digunakan untuk
di touch-up pada atas lino

Span yang terlekat dakwat cat 
dicacah pada atas lino

Roller digunakan untuk mengecat 
latarbelakang atas lino

Objek kepingan lino tersebut dimasukkan 
pada ruang objek masing-masing

Kemudian kertas A2 diletakkan blok lino 
pada atas mesin printmaking

Proses mencetak di atas kertas dimulakan apabila 
selesai semua proses sebelumnya . Lino sudah sedia 
untuk di cetak pada kertas dengan 
cara pemampatan atau tekanan supaya 
dakwat atas lino melekat pada kertas 
dan menimbulkan imej cetak benam


Inilah hasil yang didapati setelah selesai proses 
mencetak imej cetak lino di atas permukaan kertas . 
Hasil ini hendaklah dikeringkan terlebih dahulu 
dan cetakan lino ini menghasilkan imej reverse
dan perlulah melakukan kemasan . 
Salah satu hasil cetakan yang telah siap dibingkaikan . 
Pembingkaian adalah perlu supaya warna hasil karya
lebih kemas dan mengelakkan cetakan tersebut 
daripada terdedah kepada cahaya matahari 
dan unsur-unsur yang boleh merosakkannya .
Cetakan yang lengkap mestilah mempunyai butir-butir 
seperti nama pelukis , tajuk , dan bilangan cetakan .



Saturday, April 2, 2011

Program Lakaran Rasa Warga Kuantan

Assalamualaikum . . Pagi2 lagi dah kena bangun awal , maklum laa hari nie kan ade program melakar rasa anjuran MPK Kuantan , so group ak ( fine art ) ade sertai program nie . Ade laa 1 group dari Grafik ( Kamal , Nizam , Ariff ) . So , kalau ikutkan jadualnya start pukul 8.30 pg hingga 1 ptg tapi disebabkan kelewatan masa sewaktu pendaftaran peserta . Barang2 semua disediakan oleh pihak MPK Kuantan . Plywood juga disediakan olehnya serta cat & berus . Cat pun hanya diberikan kepada peserta adalah warna asas jelaa , Merah , Biru , Kuning , Hitam , & Putih . Ceritanya sekarang artwork aku dikemudikan oleh tenaga2 dari fine art iaitu Ak , Wan , Ilham & Dayat . Kolej ak ade dalam linkungan 36 orang yg menyertai program nie & jumlah Plywood untuk Kolej ak sebanyak 11 keping plywood . 10 plywood untuk 10 group bagi pelajar & 1 plywood lagi tu untuk lecturer subjek painting ak , En . Ifhamuddin pun turut join same program nie .
    
   Sepanjang Program Melakar Rasa



 - Proses melakar bagi group aku .
Inilah group ak .
Ak ( baju belang )
Dayat ( tengah )
Wan ( duduk hujung )
Ilham ( berdiri )


Kerjasama dlm group itu penting


Eh . . !! sempat lagi toleh . .
hahahahaha

Cantik tak kerang hijau tu . . ??
Eheemm2 . . !!
Sape yang buat tu . . . 

Waaahhh . . . !!
Style kan ?? 
hehehehehe

Buat pokok2 renek pulak !


Tekun betul si Ilham nie . . 

Ehh ??? dah siap dah ke ??
dah siap dah ler . . 

Sebelum jemur atas padang ,
bergambar laa dulu . . 
Ehh2 . . macam sebijik je dgn masjid belakang tuu . .
huhuhuhu. . . memang pon . .

Inilah askar2 seni group ak . .
Dari kiri baju purple Wan , Ilham , Ak & Dayat . . 
Best with u all !

Sesi bergambar bagi Kolej IKIP
bersama lecturer AD
( Art & design ) 
- Fine Art -
- Grafik -
Din Aziz since 2010 in blogger site . All Right Reserved by Din Aziz