MEMILIKI, memakai pakaian dan aksesori berjenama mahal pereka tempatan mahupun antarabangsa seperti beg tangan, kasut, cermin mata hitam dan jam tangan sehingga mencecah jutaan ringgit mungkin memberi kepuasan bagi sesetengah orang. Ia diumpamakan pencapaian peribadi yang tidak boleh dikongsi dengan orang lain. Pemilik barangan berjenama mewah pasti meletakkan koleksinya itu sama berharga seperti barang kemas.
CANTIK...pemandangan malam di Johor Premium Outlets cukup menarik.
PROMOSI...beg tangan jenama Oroton dari Australia antara yang mendapat sambutan hangat dengan tawaran promosi hebat.
TERSOHOR...agak sukar mendapat koleksi Michael Kors
di dalam negara ini tetapi ia ada di Johor Premium Outlets.
Jika mereka yang bergelar orang kebanyakan ini suka dan mampu memakainya, maka pakailah. Tiada siapa yang boleh menghalang. Tidak boleh dinafikan, memang berbaloi membeli beg, pakaian atau kasut berjenama kerana kebiasaannya ia tahan lama. Justeru, memakai pakaian berjenama tidak salah selagi kita tidak berniat kurang baik seperti menunjuk-nunjuk dan meninggi diri.
Ini kerana, bagaikan bulan jatuh ke riba, bertempat di Jalan Premium Outlets, Indahpura 81000 Kulai Jaya, Johor Bahru, Johor Premium Outlets sudah dibuka untuk kunjungan orang ramai membeli pelbagai jenis berangan berjenama dengan harga yang murah. Potongan harga serendah 25 hingga 65 peratus setiap hari pasti sesuatu yang tidak mahu dilepaskan oleh orang ramai. Dengan kerjasama Genting Berhad dan Simon Property Group, ia membawa pengunjung melayari satu pengalaman membeli-belah yang tiada tolok bandingnya.
Antara jenama seperti Adidas, Nike, Armani Exchange, Burberry, Coach, Canali, Esprit, Gap, Calvin Klein, DKNY, Salvatore Ferragamo, Lacoste, Charles & Keith Reductions, Guess, Michael Kors, Fossil, Levis, Tumi, Tommy Hilfiger, Oroton, Royal Selangor, Swiss Watch Gallery, Clarks, Poney, Carlo Rino, Timberland, Bonia, Roxy, La Senza Lingerie, Polo Ralph Lauren, Puma, Quiksilver, Rip Curl, G2000 Outlet, Vincci serta Skechers menanti pengunjung dengan tangan terbuka.
“Johor Premium Outlets juga bakal menjadi salah satu lokasi pelancongan yang akan menarik ribuan pelancong dari luar negara untuk membeli-belah di sini. Buat sementara waktu ini, kami menerima ramai pelancong dari Singapura, Indonesia, Thailand dan Filipina.
“Lokasinya yang terletak kira-kira satu jam dari Singapura dan tiga jam dari pusat bandar raya Kuala Lumpur diyakini tidak terlalu menyukarkan pengunjung untuk berkunjung ke sini. Bagi memudahkan perjalanan, mereka juga boleh menggunakan pengangkutan udara dan mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai yang terletak berhampiran.
Bayangkan, dengan RM150, anda dapat membeli jam tangan berjenama Fossil, dompetnya pula boleh dimiliki bermula daripada harga RM50 manakala beg tangan kulitnya pada harga RM200.
Nike dan Adidas juga tidak kurang hebat menawarkan promosi durian runtuh sehingga 70 peratus potongan harga. Kasut dan pakaian sukannya pula boleh dibawa pulang bermula pada harga RM54.
Jenama lain juga meniru cara mereka tetapi jangan cepat patah hati sekiranya anda mendapati barangan daripada jenama seperti DKNY, Coach, Armani Exchange dan Salvatore Ferragamo walaupun menawarkan diskaun sehingga 50 peratus, namun boleh dikatakan masih berada di paras sederhana.
> Jadi, apa tunggu lagi, curilah sedikit masa untuk berkunjung ke Johor Premium Outlets dan rasai sendiri pengalaman membeli-belah di dalam satu kawasan elit dengan semua kemudahan tersedia. Ia dibuka setiap hari bermula jam 10 pagi hingga 10 malam.
p/s : Untuk maklumat lanjut, layari SINI