Assalamualaikum semua.. Selamat pagi diucapkan... Hurmmm... Agak kelewatan entri ni aku post.. Setelah 4 hari pemergian kawan aku iaitu Zul Idham Zainal kawan yang dikatakan 'Ceria sokmo' walau dimana beliau berada.. Tak kira di kolej ke, tempat luar ke, bersama dengan kawan2 ke, beliau tetap ceria dan celotehnye mengalahkan budak kecik.. Tapi nak buat camne.. Allah lebih sayangkan beliau.. Kau selalu tak lekang dengan Vespa mu itu... Hari2 tiap2 pagi selalu terdengar "teng..teng..teng..teng..." bunyi enjin motor Vespa mu itu menunggang pergi ke kelas... Kiteorang sangat merindui gelak ketawamu Zul... Hari last aku jumpe mu, time daftar mase 18 Nov lepas.. Ko datang bilik Rais nak pinjam moto Am.. Masa tuu Adham tak ade nombor fon Zul.. So, aku dengan ringan hatinya bagi fon aku kat Am suh kol Zul.., Am nak tanya Zul dimana supaya Am boleh bg kunci motonya pada Zul yang hendak pergi ke IKIP 3 untuk menguruskan pendaftarannya.. Sebaik tibanya Zul dalam bilik Rais.., mase tu yang ada dalam bilik Rais tu adalah Rais , Aku , Dayat , & Am.. Si Zul ni agak pelik sedikit aku tengok.. Sampai je kat bilik tu, Dia bersalam dengan kitaorang sebanyak 3 kali bergilir-gilir setiap sorang.. Si Am bertanya pada Zul "Doh mu ni bakpe salam dengan orang banyok kali ni ?" lalu si Zul menjawab "Olohh..!! lame dok juppe saing2... Saje nok Salam banyok kali....hehehe (sambil sengih2 ketawa)" . Setelah beliau mendapatkan kunci daripada Am, sekali lagi beliau bersalam 2 kali dengan kiteorang sebelum beliau keluar pergi menuju ke IKIP 3.. Tetapi pada last bersalam tu, dia lupa nak salam dengan aku.., lantas aku menyampuk "Ooooiii!! aku ni dok salam doh ke??" lalu dia mengundur semula pergi kat aku lalu bersalaman... Then kiteorang x de laa terasa syak ape2 kat mu Zul.. Apabila setelah 3 hari pemergianmu itu baru laa aku tersedar balik akan peristiwa itu.. Aku x sangka Zul..!! Kau pergi memberi tanda yang amat menyedihkan aku & kawan2ku... Ak ni dah susah nak menangis.. tiba2 bila aku teringatkan peristiwa itu, lalu berlinang air mata aku ni... Sedih sangat2.....Tapi cukup sampai disini saja lah kisah aku... Malas nak story panjang2... Zul Idham...Jasamu tetap dikenang... AL-FATIHAH..........
Gambar ni laa yang Arwah suka sangat suh aku ambik gambarnya...
Tak sangka Zul Idham dah ade petanda awal2 lagi....
Ini Gambar Arwah Zul Idham(depan) & Ismail (mail)
sebelum excident....
sebelum excident....
0 comments:
Post a Comment