Followers

Klik Salah Satu Jew..

Wednesday, December 28, 2011

‘Geli Girl’ dah tak kisah ??


Assalamualaikum.. Sebelum baca artikel aku kat bawah ni, sila pergi SINI jap.. Okay.. Then step seterusnya pergi KLIK SINI pulak.. Okay baru laa boleh pergi ke artikel aku.. Jom terjah kat bawah ni.. Cam menarik je.. Hehehehe..

GEORGETOWN: Mula menjaja tubuh untuk mendapatkan wang ketika masih bergelar siswi, nyata kerja terkutuk itu sukar ditinggalkan biarpun diri kini sudah menjadi graduan dan memiliki pekerjaan tetap.

Tanpa rasa malu, gadis hanya mahu dikenali sebagai Aida, 24, berkata jika dulu golongan sepertinya dikenali sebagai 'Call Girl’ atau 'Escort Girl', kini lelaki yang menagih belaian manja mereka memberi gelaran baru iaitu 'Geli Girl'.

“Apapun gelaran diberi dan biarpun seluruh tubuh kami diratah, kami tidak kisah kerana apa dicari hanyalah wang. Yang penting, orang tak tahu kegiatan saya dan saya juga berjaya menghabiskan pengajian di kolej,” katanya.

Aida berkata, walaupun sudah bekerja di sebuah syarikat swasta, dia masih aktif dalam kerja itu untuk menampung kos kehidupan kerana gaji diperoleh setiap bulan tidak mencukupi.

PENGAKUAN...Aida berkongsi pengalaman kisah hidupnya sebagai ‘Geli Girl’ 
kepada wartawan Harian Metro.

“Ibu bapa saya di kampung tak tahu saya melakukan kerja terkutuk ini kerana setiap bulan saya akan memberikan separuh wang gaji kepada mereka. “Wang yang dapat hasil kegiatan Geli Girl saya tak bagi pada ibu bapa tapi saya gunakan untuk beli barangan berjenama dan pakaian untuk diri saya,” katanya.

  #Baca selanjutnya di akhbar Harian Metro

-----> Korang ingin tahu BMI korang berapa ?? Klik SINI keyh..!! 
Korang akan dapat tahu body balance korang punya..

Saturday, December 24, 2011

Precious for you..


Assalamualaikum korang semua..!! Ape khabar?? Sihat?? Harap2 sihat laa ye..
Haaa..!! udah berapa lame dah din meng-Update blog nie.. seperti biasa laa..
busy ngan tugasan work2 lagi..
Okay.. sekarang ape kaitan dengan title kat tuh??
tp sebelum tuu, din mintak jasa baik korang tolong KLIK SINI jap..
Ok tq...!! Now, we go straight to the point..
Sebenarnya title kat atas tuu aku tujukan pada seseorang (bukan nama sebenar) 
di mana aku menghadiahkan kepadanya sebuah nukilan atau lukisan padanya..
Ermmm.. Okay nak tahu ke ape lukisannya tu??
meh2 tengok kat bawah nie...
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
v

Parrot yang dah siap diframe...
Media : Fully Watercolor
By : Din Aziz


Ni semasa proses membuat..
Sebelum siap sempurna..

Sebenarnya lukisan ni aku buat masa cuti akhir sem 3 lepas lg dah.. Ambil mase dalam 1 minggu lebih untuk bikin ini lukisan pastu bila dah siap aku bawa lukisan ni ke tempat hostel tempat aku belajar coz nak bagi kat somebody kan..,, Hehehe.. Alhamdulillah aku pegi hantar lukisan ni kat kedai untuk diframe masa Isnin (19/12/2011) then aku pi amek semula semalam hari Jumaat pagi.. Then jumpa ehem2 terus aku bagi kat dia.. So, nanti si dia akan gantung di dlm bilik rumahnya.. Alohaaaii..!! sweetnye aku nih.. Hahahaha... Meh KLIK SINI jap.. Si dia pun x tahu nak berkata ape lagi dah.. Tergamam melihatnye.. Hehehe... Memang aku niat pun nak bg kat dia.. Hehehe.. Tapi aku agak terasa jugak laa lukisan yang ni sudah jauh tidak nampak dimata aku dah.. Lukisan ni hanya meninggalkan sekeping gambar je dalam laptop aku.. Lukisannya sudah berada dengan si dia buat selama-lamanya.. Tapi xpelaa.. Aku memang dah niat nak bg kat dia.. Hehehee...  


#iklan jap.. Ingin tampil dalam video muzik terbaru Yuna ? Klik SINI !


Thursday, December 22, 2011

Nak Tambah Duit Poket??


Assalamualaikum semua.. Haa..!! title tuu yang x boleh blaa bila tengok kan?? Hahahaha.. Okey.. Sebelum korang semua nak tahu ape benda yang aku nak share pada hari ini, korang tolong klik SINI

>Apa itu Churp Churp?

Ape benda churp churp ni??
Haa..!! Meh jelajah kat bawah ni.. Sebelum tu, klik SINI dulu.

Churp Churp is A Community for Social Media Influencers. Okay. Senang cakap, churp churp ni macam Nuffnang jugak. Eh, Nuffnang pun tak tahu? Pergi research sendiri kat google. Churp Churp merupakan iklan secara online melalui Blog, Facebook, Twitter dan laman sosial yang lain.

>Keistimewaan Churp Churp?

"Best sangat ke Churp Churp ni?"

Daripada korang hari-hari duk online Facebook chatting , lebih baik korang join Churp Churp ni. Ada faedahnya jugak. Dapat duit beribu-ribu lagi tau.

>Macam mana nak join Churp Churp ni?

1. Pertama sekali, korang KLIK SINI

2. Sign in with Facebook > Log in > Allow

3. Authorize with Facebook > Authorize with Twitter (jika ada Twitter) > Skip

4. Setup Your Churp Churp Account 
(Pastikan korang isi maklumat peribadi korang dengan tepat dan betul)

5. Tekan UPDATE

6. Tekan pulak bahagian SETTINGS! Isi profile dengan betul. 
(Nama, alamat, no. telepon) #Penting untuk proses penghantaran cek#

7. Tekan SAVE. Then, pergi dekat SURVEY pulak. (Tanda mana-mana yang korang suka). Tekan SAVE.

8. Akhir sekali, pergi dekat Rewards. (Share campaign and copy the link)

>Bila boleh cash out?

Bila earning korang melebihi RM100.00, kiranya dah boleh cash out la tu. Tapi, perlu diingatkan, RM1 akan dicas setiap kali korang nak cash out. Pastikan earning korang RM101 bla..bla..bla.. Pastikan nombor akaun korang aktif dan senang berurusan dengan pihak bank.

InsyaAllah, rezeki itu ada di mana2.. Cuma setiap manusia kena pandai cari lubang rezeki masing2... Cuma korang kena 'alert' pada iklan yang keluar pada 'dashboard' churp churp korang.. Iklan yang terbaru akan keluar pada ruangan tersebut. SELAMAT MENCUBA keyh..!!

    #Sebelum meninggalkan blog ni, meh pegi SINI  jap.. Okay!! TQ..

Tuesday, December 13, 2011

Lokasi pelancongan tarik ribuan pengunjung


pix_middle

MEMILIKI, memakai pakaian dan aksesori berjenama mahal pereka tempatan mahupun antarabangsa seperti beg tangan, kasut, cermin mata hitam dan jam tangan sehingga mencecah jutaan ringgit mungkin memberi kepuasan bagi sesetengah orang. Ia diumpamakan pencapaian peribadi yang tidak boleh dikongsi dengan orang lain. Pemilik barangan berjenama mewah pasti meletakkan koleksinya itu sama berharga seperti barang kemas.

Foto
CANTIK...pemandangan malam di Johor Premium Outlets cukup menarik.

Foto
PROMOSI...beg tangan jenama Oroton dari Australia antara yang mendapat sambutan hangat dengan tawaran promosi hebat.

Foto

Foto
TERSOHOR...agak sukar mendapat koleksi Michael Kors 
di dalam negara ini tetapi ia ada di Johor Premium Outlets.

Jika mereka yang bergelar orang kebanyakan ini suka dan mampu memakainya, maka pakailah. Tiada siapa yang boleh menghalang. Tidak boleh dinafikan, memang berbaloi membeli beg, pakaian atau kasut berjenama kerana kebiasaannya ia tahan lama. Justeru, memakai pakaian berjenama tidak salah selagi kita tidak berniat kurang baik seperti menunjuk-nunjuk dan meninggi diri.

Ini kerana, bagaikan bulan jatuh ke riba, bertempat di Jalan Premium Outlets, Indahpura 81000 Kulai Jaya, Johor Bahru, Johor Premium Outlets sudah dibuka untuk kunjungan orang ramai membeli pelbagai jenis berangan berjenama dengan harga yang murah. Potongan harga serendah 25 hingga 65 peratus setiap hari pasti sesuatu yang tidak mahu dilepaskan oleh orang ramai. Dengan kerjasama Genting Berhad dan Simon Property Group, ia membawa pengunjung melayari satu pengalaman membeli-belah yang tiada tolok bandingnya. 

Antara jenama seperti Adidas, Nike, Armani Exchange, Burberry, Coach, Canali, Esprit, Gap, Calvin Klein, DKNY, Salvatore Ferragamo, Lacoste, Charles & Keith Reductions, Guess, Michael Kors, Fossil, Levis, Tumi, Tommy Hilfiger, Oroton, Royal Selangor, Swiss Watch Gallery, Clarks, Poney, Carlo Rino, Timberland, Bonia, Roxy, La Senza Lingerie, Polo Ralph Lauren, Puma, Quiksilver, Rip Curl, G2000 Outlet, Vincci serta Skechers menanti pengunjung dengan tangan terbuka.

“Johor Premium Outlets juga bakal menjadi salah satu lokasi pelancongan yang akan menarik ribuan pelancong dari luar negara untuk membeli-belah di sini. Buat sementara waktu ini, kami menerima ramai pelancong dari Singapura, Indonesia, Thailand dan Filipina.

“Lokasinya yang terletak kira-kira satu jam dari Singapura dan tiga jam dari pusat bandar raya Kuala Lumpur diyakini tidak terlalu menyukarkan pengunjung untuk berkunjung ke sini. Bagi memudahkan perjalanan, mereka juga boleh menggunakan pengangkutan udara dan mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai yang terletak berhampiran.

Bayangkan, dengan RM150, anda dapat membeli jam tangan berjenama Fossil, dompetnya pula boleh dimiliki bermula daripada harga RM50 manakala beg tangan kulitnya pada harga RM200. 

Nike dan Adidas juga tidak kurang hebat menawarkan promosi durian runtuh sehingga 70 peratus potongan harga. Kasut dan pakaian sukannya pula boleh dibawa pulang bermula pada harga RM54.

Jenama lain juga meniru cara mereka tetapi jangan cepat patah hati sekiranya anda mendapati barangan daripada jenama seperti DKNY, Coach, Armani Exchange dan Salvatore Ferragamo walaupun menawarkan diskaun sehingga 50 peratus, namun boleh dikatakan masih berada di paras sederhana.

 > Jadi, apa tunggu lagi, curilah sedikit masa untuk berkunjung ke Johor Premium Outlets dan rasai sendiri pengalaman membeli-belah di dalam satu kawasan elit dengan semua kemudahan tersedia. Ia dibuka setiap hari bermula jam 10 pagi hingga 10 malam.

     p/s : Untuk maklumat lanjut, layari  SINI 


Saturday, December 10, 2011

Cemburu Tanda Sayang, Tapi Jangan Berlebihan


Assalamualaikum.. Hari ni entri aku agak jiwang sikit okay..!! Hahahaha... Ape aku kisah..ini kan blog aku, coretan aku, bingkisan aku, cerita aku, & ape2 jelaaa semuanya Copyright by Sinarmata aka Din Aziz .. Oke, jom terjah kat bawah ni keyh.. Ade story sikit.. hehehe 

Dalam sesebuah perhubungan, tidak salah jika ada perasaan marah atau cemburu kerana ia sudah adat cuma jangan berlebihan.Emosi marah tidak harus menguasai diri kerana ia hanya akan mendatangkan keretakan dalam hubungan.

Mengikut kajian pakar, hampir 80 peratus keretakan dalam perhubungan berpunca apabila perasaan marah dijadikan perasaan utama. Ini berlaku apabila setiap kali wujud krisis dalam hubungan, setiap pasangan akan mula berfikir untuk memutuskan hubungan dan mencari pengganti yang mungkin lebih memahami perasaan diri yang sebenarnya.

Tip Cinta

Kadangkala masalah kecil diperbesarkan sedangkan masalah itu boleh diselesaikan dengan berbincang antara satu sama lain. Tetapi apabila perasaan marah sudah menguasai diri dan hubungan berakhir, lazimnya ia berlaku dengan alasan tiada jodoh dan sefahaman.
Memang benar jodoh itu di tangan Tuhan tetapi kita berhak berusaha agar jodoh kekal bersama orang tersayang.Tetapi jangan hanya sebelah pihak saja berusaha. Usaha mesti dilakukan kedua-dua pihak untuk mendapatkan hasil lebih memuaskan.
Satu lagi perasaan yang perlu diatasi adalah cemburu. Tidak salah untuk rasa cemburu tetapi biarlah berpada-pada. Memang benar cemburu tandanya sayang tetapi jangan melampaui batas.Tidakkah rasa sia-sia hubungan yang dijalin sekian lama terputus begitu saja hanya disebabkan cemburu pada pasangan?
Ramai yang memperkatakan soal cemburu malah pelbagai cara untuk mengekang perasaan cemburu daripada terus menyelubungi hidup. Terdapat dua langkah yang boleh diambil untuk mengelakkan perasaan cemburu mengawal hidup kita iaitu jujur dan setia. Memang ada perkara yang tidak memungkinkan kita berterus terang tapi bagi mengelakkan pasangan memikirkan perkara yang bukan-bukan, lebih baik jujur dan berterus terang dengan pasangan bagi mengelakkan perselisihan faham berterusan.

Jika jujur pada pasangan, sudah pasti dia akan menaruh kepercayaan dan mengekalkan perhubungan itu hingga ke akhir hayat. Kesetiaan juga memainkan peranan penting kerana jika kita sayangkan pasangan, sudah pasti kita juga akan setia padanya. Jika sayangkan seseorang, sudah pasti kita tahu siapa yang ada di hati. Jadi, apabila sentiasa mengingati pasangan, amat mudah untuk kita mengelakkan diri daripada berlaku curang pada pasangan.
Cinta terasa indah apabila ke mana saja kita pergi, si dia sedia menemani tetapi terasa pahit apabila kita ternampak pasangan berjalan berdua-duaan bersama insan lain. Apapun, jangan biarkan marah dan cemburu terlalu menguasai diri. Berikut sedikit panduan untuk membantu kita menjauhi rasa marah dan cemburu, sekali gus mengekalkan keindahan hubungan bersama si dia:
         * Jangan sesekali memungkiri janji.
         * Sentiasa jujur kepada si dia kerana wanita atau lelaki memang benci apabila ditipu.
         * Beritahu si dia mengenai sesuatu perkara dengan tepat.
         * Jika si dia dalam keadaan bermasalah, sentiasa menggembirakannya.
         * Andai anda jujur, si dia akan setia kepada anda.
         * Jangan terlalu mengongkong dirinya kerana dia juga inginkan kebebasan.

   p/s : Jangan lupa like My Page keyh.. Tinggalkan komen anda keyh...

17 Perkara Perlu Tahu Mengenai Kegagalan



Setiap orang di dunia pasti amat berasa takut untuk menghadapi kegagalan. Ini terjadi kerana ramai yang memandang kegagalan itu dari sudut yang negatif. Sesuatu yang negatif dan secara negatif akan menghasilkan satu aura negatif yang besar. Seharusnye sesuatu yang negatif perlu dilihat dari sudut positif untuk berjaya meneutralkannya. Antara perkara yang perlu anda tahu mengenai kegagalan adalah mengikut di bawah ini :

1. Apabila anda gagal, anda sebenarnya telah mengambil langkah pertama untuk berjaya.

2. Anda akan gagal sekiranya pemikiran anda hanya memikirkan mengenai kegagalan.

3. Kegagalan akan membantu untuk mematangkan anda dalam membuat keputusan pada masa akan datang.

4. Kegagalan hanyalah merupakan satu proses pembelajaran untuk anda menjadi lebih berjaya.

5. Kegagalan untuk menghadapi ketakutan terhadap diri sendiri adalah merupakan kegagalan paling teruk.

6. Anda tidak akan mengetahui nikmat kejayaan selagi anda tidak pernah merasa kegagalan.

7. Kegagalan bukanlah titik noktah untuk kehidupan anda. 

8. Semakin banyak anda mengalami kegagalan, semakin dekat untuk anda menghampiri kejayaan.

9. Kegagalan dan kejayaan adalah perkara yang sama. Apabila anda sudah bersedia untuk bermain, anda juga perlu bersedia untuk menghadapi kedua-duanya.

10. Seorang yang takut gagal adalah seorang yang tiada keyakinan terhadap diri sendiri.

11. Kegagalan adalah satu perkara yang seronok diceritakan apabila anda sudah berjaya.

12. Seorang yang telah berjaya akan berasa lebih bangga untuk menceritakan kegagalan yang pernah mereka alami dan bagaimana mereka menghadapinya berbanding kejayaan.

13. Tanpa kegagalan, kejayaan seseorang tidak akan lengkap.

14. Gagal sekali tidak bermakna anda akan gagal selamanya.

15. Setiap kegagalan akan membuka peluang kepada kejayaan yang baru.

16. Sekali anda gagal, seratus kali anda perlu yakin bahawa anda akan berjaya.

17. Risiko akan menghasilkan dua jawapan sahaja, kejayaan atau kegagalan....



Sampai disini sajalah story aku keyh... Dah penat dah jari ni duk menaipnye..
So, pikir2kan laa ye.. Anda mampu mengubahnya... hehehe


Wednesday, December 7, 2011

Jom Tambah Follower



Assalamualaikum reader semua.. Mesti korang x tahu kan ape kaitan header kat atas ni kan??? Entah laa sebenarnye aku pun x tahu.. Tapi ape yang aku tahu aku nak masuk segmen nie... Segmen ape?? Mesti laa segmen "JOM TAMBAH FOLLOWER".. KLIK SINI . Aku masuk segmen ni pun sebab aku ingin menambah follower dalam blog aku nih jew... Ape lagi.. korang x nak join kew?? Jom laa... Meh KLIK SINI okeyh..!! 


Tuesday, December 6, 2011

Sejarah Rekaman Dunia


Gramophone

Studio recording yang kita kenal hingga saat ini sudah melewati  perjalanan panjang, banyak penelitian, penciptaan dan inovasi hingga akhirnya studio recording berkembang menjadi digital audio recording, berikut sejarahnya;

Alat perakam pertama suara adalah Phonoautograph temuan Leon Scott Lalu. Pada tahun 1857 Thomas Alfa Edison menemukan Phonograph, iaitu alat yang digunakan untuk mempelajari gelombang suara, namun alat tersebut tidak digunakan untuk merakam suara. Kemudian pada tahun 1870an, Thomas Alfa Edison mulai mengembangkan alatnya menjadi perangkat telephone, yang kemudian banyak bermunculan alat-alat serupa bernama Gramophone. Alat ini memiliki konsep kerja dengan cara elektromagnetik dan dibuat dari kertas berlapis wax. Kemudian pada tahun 1894 Emir Berliner menyempurnakan alat tersebut dengan membuatnya dari piringan, dan benda inilah cikal bakal “disc” yang kita lihat hingga saat ini. Hingga tahun 1920an, Phonograph atau Gramophone merupakan satu-satunya alat perakam dan playback yang ada.



Tape Recording

Industri rekaman terus berkembang, dan akhirnya Gramophone digantikan oleh Tape Recorder, yang lebih mudah dan terjangkau dalam segi produksi. Tape Recorder mulai popular mulai tahun 1950an, tape recorder banyak memiliki keunggulan dibanding Gramophone, dengan tape proses edit dapat dilakukan dengan mudah, termasuk pemberian efek fade in/ fade out.



Multitrack Recording

Mulai tahun 1940an, multitrack recording mulai berkembang, dan semakin maju mulai era 1960an. Pada era ini juga mulai ditemukan pembuatan rekaman dengan teknik stereo, akibatnya sound engineer mulai bereksperimen lebih luas dengan multitrack recording.



Digital Recording

Pada tahun 1980an, dunia rakaman sudah menginjak pada rekaman modern dan mulai tahun 1990an industri rakaman sudah sangatlah berbezaa dari era-era sebelumnya. Digital Recording memanfaatkan multimedia dan komputerisasi dalm melakukan proses editing audionya.


Home Recording
Saat ini, istilah “rekaman” terdengar lebih sederhana, tidak seperti masa-masa sebelumnya, jika seorang musisi harus merekam lagunya di studio besar dengan perangkat yang luar biasa, saat ini kita dapat merekam lagu di dalam sebuah kamar berukuran kecil dengan perangkat minimal namun dapat menghasilkan audio yang profesional. 

Begitulah sejarah singkat tentang dunia rekaman, saat ini recording sudah dapat kita lakukan di rumah kita sendiri, bahkan dengan biaya dan alat yang sederhana.


Din Aziz since 2010 in blogger site . All Right Reserved by Din Aziz