Followers

Klik Salah Satu Jew..

Tuesday, June 21, 2011

Tonton KL Gangster di Pawagam



Salam.. hye semua..!! malam nie aku kua dengan member aku si Wan Fendy & Ash Venizuela (Acap)... lepas je maghrib kiteorang pun gerak laa ke bandar.. huhuhuuhu.. Showtime kiteorang amek yang awal yang pukul 8.40 PM. Hahahahaha... Sampai aje kat sana pukul 8.35 PM. Ape lagi terus p beli tiket... Huhuhuhu.. Citer nye penuh aksi yang gempak & paparan yang begitu mantap di mata remaja.. Ceiwaahh!! Hahahaha... Ape lagi... Jom jenguk2 bawah nie.... :)



Sinopsis Filem KL Gangster 2011

Malek adalah seorang gangster yang baru bebas dari penjara setelah tamat menjalani hukuman selama 5 tahun. Malek mahu melupakan dunia gangster dan pergaduhan lalu memilih untuk menjalani hidup sebagai orang biasa dengan azam baru. Sekuat manapun Malek cuba lari dari dunia gangster, dunia hitam itu cuba mengejarnya untuk menarik Malek kembali semula ke kancah pergaduhan sesama gangster. Malek berusaha meredakan amukan Shark yang kini mahu menguasai kawasan Kuala Lumpur. Kemunculan semula Malek adalah ancaman paling hebat buat Shark kerana Shark merasakan Malek adalah halangan paling buat dia untuk muncul menjadi gangster terhebat.

Lebih parah lagi, Jai iaitu adik kandung Malek kini berpihak kepada Shark dan menjadi orang kanan Shark yang paling setia. Sanggupkan Malek menumpaskan adik kandungnya sendiri? Berjayakah Malek menentang Shark? Bagaimana nasib Malek nanti?
Masihkah ada peluang untuk Malek memperbaiki dirinya?






0 comments:

Din Aziz since 2010 in blogger site . All Right Reserved by Din Aziz