Followers

Klik Salah Satu Jew..

Friday, November 25, 2011

Tak Ku Sangka Tak Ku Duga....

Assalamualaikum semua.. Selamat pagi diucapkan... Hurmmm... Agak kelewatan entri ni aku post.. Setelah 4 hari pemergian kawan aku iaitu Zul Idham Zainal kawan yang dikatakan 'Ceria sokmo' walau dimana beliau berada.. Tak kira di kolej ke, tempat luar ke, bersama dengan kawan2 ke, beliau tetap ceria dan celotehnye mengalahkan budak kecik.. Tapi nak buat camne.. Allah lebih sayangkan beliau.. Kau selalu tak lekang dengan Vespa mu itu... Hari2 tiap2 pagi selalu terdengar "teng..teng..teng..teng..." bunyi enjin motor Vespa mu itu menunggang pergi ke kelas... Kiteorang sangat merindui gelak ketawamu Zul... Hari last aku jumpe mu, time daftar mase 18 Nov lepas.. Ko datang bilik Rais nak pinjam moto Am.. Masa tuu Adham tak ade nombor fon Zul.. So, aku dengan ringan hatinya bagi fon aku kat Am suh kol Zul.., Am nak tanya Zul dimana supaya Am boleh bg kunci motonya pada Zul yang hendak pergi ke IKIP 3 untuk menguruskan pendaftarannya.. Sebaik tibanya Zul dalam bilik Rais.., mase tu yang ada dalam bilik Rais tu adalah Rais , Aku , Dayat , & Am.. Si Zul ni agak pelik sedikit aku tengok.. Sampai je kat bilik tu, Dia bersalam dengan kitaorang sebanyak 3 kali bergilir-gilir setiap sorang.. Si Am bertanya pada Zul "Doh mu ni bakpe salam dengan orang banyok kali ni ?" lalu si Zul menjawab "Olohh..!! lame dok juppe saing2... Saje nok Salam banyok kali....hehehe (sambil sengih2 ketawa)" . Setelah beliau mendapatkan kunci daripada Am, sekali lagi beliau bersalam 2 kali dengan kiteorang sebelum beliau keluar pergi menuju ke IKIP 3.. Tetapi pada last bersalam tu, dia lupa nak salam dengan aku.., lantas aku menyampuk "Ooooiii!! aku ni dok salam doh ke??" lalu dia mengundur semula pergi kat aku lalu bersalaman... Then kiteorang x de laa terasa syak ape2 kat mu Zul.. Apabila setelah 3 hari pemergianmu itu baru laa aku tersedar balik akan peristiwa itu.. Aku x sangka Zul..!! Kau pergi memberi tanda yang amat menyedihkan aku & kawan2ku... Ak ni dah susah nak menangis.. tiba2 bila aku teringatkan peristiwa itu, lalu berlinang air mata aku ni... Sedih sangat2.....Tapi cukup sampai disini saja lah kisah aku... Malas nak story panjang2... Zul Idham...Jasamu tetap dikenang... AL-FATIHAH..........


Gambar ni laa yang Arwah suka sangat suh aku ambik gambarnya...


Tak sangka Zul Idham dah ade petanda awal2 lagi....

Ini Gambar Arwah Zul Idham(depan) & Ismail (mail)
sebelum excident....


Thursday, November 24, 2011

Poker Internet tanpa taruhan


Assalamualaikum.... Macam menarik je artikel yang aku jumpa ni.. Ape lagi terus laa aku share sedikit sebanyak dalam blog aku ni.. Meh sini kita lihat apa kata beliau.. 

---> APAKAH hukum bermain poker (judi) di Internet iaitu bermain hanya sekadar suka-suka saja dan tidak membabitkan pertaruhan duit sebenar.

Bolehkah ia disamakan dengan permainan lain di Internet? Boleh Dr jelaskan hukumnya kerana ada yang berpendapat haram kerana menyamai perjudian sebenar.

Ada yang mengatakan ia tidak haram kerana sama saja dengan permainan lain di Internet. 

MUHAMMAD, (bukan nama sebenar)
Johor 

Jawabnya ----> JUDI termasuk dalam perbuatan haram dalam Islam (al-Quran, al-Ma’idah (5): 90-91). Ia perlu dijauhi sama ada kecil atau besar. Bagi lebih memahami maksud judi itu, ia secara umum membabitkan dua perkara berikut, iaitu (1) sumber hadiah berasal daripada apa-apa benda termasuk duit sebagai deposit atau taruhan daripada semua peserta, dan (2) semua peserta perlu mengambil risiko sama ada menang atau kalah di dalamnya (Ashraf Md Hashim 2003). 

Sekiranya permainan poker di atas tidak membabitkan perkara di atas, ia bukan judi yang ditakrifkan haram dalam Islam. Bagaimanapun, permainan sedemikian dikira membazir waktu dan wajar dijauhi. 

Justeru hukumnya berbeza-beza. Ada berpendapat permainan sedemikian hanya makruh, harus atau haram berdasarkan keadaan tertentu. Ada menyatakan ia haram kerana melakukan aktiviti tidak berfaedah dan untuk keseronokan semata-mata. Lebih bermanfaat mencegah diri daripada permainan berkenaan.

   p/s : sama-sama kita renungkan ya..!! Assalamualailum....


Din Aziz since 2010 in blogger site . All Right Reserved by Din Aziz