Followers

Klik Salah Satu Jew..

Friday, March 18, 2011

Wayang Time ! Filem Johnny Depp is Rango . .


Heyyy guys . . malam nie ak & member2 ak p tengok wayang ! hahaha . . Hang out same2 . Ak , Izzi , Kerol , Hasif , Dayat & Am . Kteorang p naek kete Izzi laa Myvi . Hahahaha . . Kami sampai kat EC Mall pukul 8.30 mlm lebih kurang macam tu laa agak nye . Hahahaha . . . Tapi besst giler citer nieyh . . !! kelakar pun ade gak . Sesuai untuk tontonan Umum ( U ) hehehehehe . . . . Muvie dia macam tajuk dekat atas tu la ek.. Johnny Depp is Rango . Rango ni sebenarnya nama seekor cicak dalam cerita ni, dan sebab apa Johnny depp ni Rango? Sebab filem animasi ni menggunakan suara dia la untuk watak Rango.

Filem ni adalah dari pengarah filem Pirrates of Carribean di mana, Johnny Depp juga adalah pelakon filem tu. Mungkin mereka berdua ni dah serasi berkerjasama kot.

Sinopsis Johnny Depp is Rango
Bermula dengan kehadiran seekor cicak di sebuah pekan ala-ala koboi . Tapi pekan ni pekan tinggal sebab bekalan air pekan ni dah semakin berkurang . Oleh kerana satu kejadian di sebabkan “only one bullet” , cicak yang bernama Rango ini telah di lantik menjadi sheriff dia pekan itu menggantikan Sheriff yang mati di bunuh oleh Jake .
Inilah yang dikatakan cicak yang wataknya bernam Rango
Kekurangan air menyebabkan penduduk pekan tidak keruan dan menjadi semakin huru hara kerana berlaku rompakan di bank simpanan air . Rango mengetuai beberapa ekor binatang lain dan cuba menjejaki perompak tersebut .
Kejadian tembak menembak dan kejar mengejar berlaku antara Rango dan rakan-rakan dengan perompak . Akhirnya Rango dan rakan-rakan pulang ke pekan dengan perompak tapi bukan dengan air . Penduduk pekan semakin resah dan mula nak bermaen Kita Bakor , Kita Bakor perompak itu sebelum Rango menenangkan mereka . Namun kehadiran Jake (Ular) telah membongkarkan siapa Rango sebenarnya .
Untuk tahu kesudahan cerita ini , boleh la pergi tengok cerita ni sendiri ye !  Smile
Jalan cerita yang menarik dan adegan-adagen lucu serta populariti Johnny Depp merupakan tarikan kepada filem ini . Tidak perlu di ceritakan tentang animasi yang sudah tentu antara yang terbaik pernah aku tengok . Sesuai untuk tontonan anak-anak tapi pastikan mendapat bimbingan dari ibu bapa . Tidak bermakna orang tua tak leh tengok ye ! Tapi paling sesuai untuk kanak-kanak la . Dari 10 bintang aku bagi 8 bintang .Smile



0 comments:

Din Aziz since 2010 in blogger site . All Right Reserved by Din Aziz